PANDUAN TERNAK TELUR PUYUH

5 Sep

Pendahuluan

Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-

* Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
* Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
* Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
* Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
* Tidak banyak masalah penyakit
* Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
* Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).

Perancangan Projek

* Kos/Modal
* Ladang
* Pengurusan
* Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.

Kos/Modal

Diperlukan untuk:-

* Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
* Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.

Ladang

Pemilihan kawasan:-

* Keluasan tanah
* Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
* Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
* Jauh dari kawasan penternakan lain
* Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
* Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan:-

* Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
* Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

* Peredaran udara yang sempurna
* Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
* Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.

Peralatan

* Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
* Bekas minuman
* Tirai/Bidai
* Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
* Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
* Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
* Alat pembentung (lantai bawah)
* Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)

Pengurusan

* Baka

Jenis

Asal

Umur Jualan

Bob White

US

6-16 minggu

Contrunix Japonica

Japan

6 minggu

Cross bred

Tempatan

6 minggu

IKTA

JPH

6 minggu

Pemakanan

Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-

* Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
* Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:

* Tenaga = 2600 – 3200 ME
* Protin Kasar = 24 – 25 %

Cara Pemberian

Cara Pertama

* 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
* 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet

Cara Kedua

* 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
* – Quail Starter Mash

Cara Ketiga

* 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
* 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

Perindukan

Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

* Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh
* Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
* Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
* Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
* Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
* Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
* Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
* Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
* Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

Membesar

* Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
* Pastikan air/makanan sentiasa ada
* Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
makanan
* Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
* Jual pada umur yang ditetapkan
* Rekod semua aktiviti harian.

Pengurusan Rekod

Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan

Rekod Pengurusan

Catatkan yang perlu ada antaranya:-

* Kumpulan pemeliharaan – kali ?
* Baka
* Punca penetasan/tempat dibeli
* Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
* Tarikh terima/beli puyuh
* Bilangan yang dibeli
* Tarikh/bilangan dijual
* Berat puyuh dijual
* Bilangan mati
* Lain-lain.

Rekod Kewangan

Catatan yang perlu ada antaranya:-

* Hasil/Jualan
-Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
* Perbelanjaan Operasi
– Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
* nilai bangunan dan peralatan
* Keuntungan/Kerugian
– Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan

Pemasaran

Strategi Pemasaran

Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan

* Tempat
– Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
– Tiada masalah kemudahan air dan letrik
– Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
– Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
* Pengeluaran
– Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
* Harga
– Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
– Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
* Pengiklanan/Promosi
– Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.

Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”

* Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
* Pemotongan
– Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
– Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
– Dipotong mengikut permintaan

Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

*
“Breading ”
– Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
– Biasanya halus atau sederhana
– Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
*
“Predust”
– Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
– Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
– jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
*

“Batter”
– Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
– kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)
KAMI MELAYANI PEMBELIAN TELUR PUYUH UNTUK SKALA KECIL HINGGA BESAR DENGAN HARGA LANGSUNG DARI PETERNAK PUYUH

HUBUNGI KAMI :
SUMADI
ALAMAT : KENTANGAN, PABLENGAN, MATESIH, KARANGANYAR, JAWA TENGAH 57781
NO HP : 081329071866 (SIMPAN NOMER INI, SIAPA TAHU KELAK ANDA AKAN MEMBUTUHKANNYA)

About these ads

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: